Tuesday, May 12, 2015

Post Sekian Lama

Tengok last post aku tuhhhhhhh!!!! 2013 hokeh. Now 2015 dah. Giler lama tak menulis lepas beranak ni. Allahuakbar! They really change our lives...totally. Masa untuk besarkan anak skang ni. Tak sabar nak tunggu dorang besar, as for now. Jap lagi bila dorang dah besar, ko nak dorang kecik plak kan Eliza! Rindu dengan baby la, ape lah...macam biasa, manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. It applies to all.....

This week budak tengah exam. Pastu nak jadikan cite bilik guru panas ya amat. So aku lepak la kat lab ni. Bosan-bosan belek blog...Datangla mood jap nih sambil menikmati aircond dalam lab. Harini dengarnya ada plan nak gi Ikea sebab nak bli hadiah untuk Hari Guru nanti. Saje la gatal nak ikot kan dah ada geng nak berjalan. Encik Zaki pon bagi je pegi. Siap kata boleh tolong pi amek anak-anak nanti...hehehe...macam ada makna ja kannnn....

Tinggal 10 minit lagi turn aku lak jaga kelas. Kelas last plak tu. Bersedia la nak menjerit dan pening kepala ye. Siap aku bargain dengan sorang akak ni tukar kelas dengan aku, taknak dia...hahaha...scary nak masuk kelas 5 Jaya ni. Ko masuk buat muka Hulk ke, muka gergasi yang garang ke, dorang wat derk je kat ko. Sakitnya tuh di sini.....Dahlah masa akhir nak balik ni memang macam-macam perangai ni nanti. Kalo malas nak layan, buat derk je la. Cakap lelebih kang takut kita kena hempuk.

Daaaaaaa......

Thursday, August 1, 2013

Cuti Pertengahan Penggal Kedua cum Hari Raya Aidilfitri

Pejam celik pejam celik dah nak cuti skolah balik. Tak terasa bahang cuti bila dah duduk dengan family ni. Oh ya! Disebabkan cite lompat-lompat nih sebenarnya aku dah dapat tukar ke sini bulan Julai aritu. Alhamdulillah, rezeki Hazeem. Aku sendiri tak sangka dapat tuka sebab kali ni aku tak guna kabel apa-apa. Aku dapat SK Pandan Indah. Aku bersyukur walaupun jauh sikit dari rumah, tapi aku happy sebab dapat duduk dengan husband dan anak.
 

Pastu malam tadi Mr Love tanya cuti skolah dua minggu kan? Eh, aku rasa seminggu je..Cek punya cek rupenye betul nearly to two weeks (12 days). Nampak sangat tak amik tau pasal cuti kan? Kalo dok kat Kanowit, sebulan sebelum cuti aku dah kira bape lama cuti sebab nak beli tiket balik ke sana balik...pfffftttttt

Ok skang aku nak cite pasal sekolah baru aku. Lama gile aku tak ngajar. Kekok tu tidaklah. Tapi nak adapt semula dengan rutin tulis lesson plan, nak prepare bahan bantu belajar amik masa sikit la. Nak plak skang dah 'beranak' lagilah aku kene juggle segala menda...huhu...sounds like macam susah bila ada anak ni kan? Hahahahaha....Bukanlaaaaaa....dah lama dok bujang, bila ada anak ni masa berubah sikit la. 



Aku report duty 8 Julai 2013. Kalo ikut surat aku kene report 1 Julai. JPN yang lambat kuarkan surat. So, bukan salah ibu mengandung la report lambat. Aku datang ari Isnin tu aku terus dapat jadual. Aku kena ganti cikgu yang bersara bulan Mei rituh. Kebetulan dia ngajar subjek minor aku (BI n PJK). Terpaksa rela la aku accept jadual tu. Lagipun tengah-tengah tahun ni redha je la apa yang datang. Dapat tuka ke sini dah seribu rahmat. Tahun depan aku nak mintak subjek major aku at least satu ke dua kelas.


Tadaaaaaaaa.....fes kad raya yang aku dapat dari murid lepas empat tahun aku tak penah dapat...hahahaa...Jakun la jap ;p. Selama hampir sebulan aku kat sekolah ni, aku tengok budak-budak ni ada masalah disiplin. Baik kelas depan maupun kelas belakang. Sama je disiplinnya. Yang membezakan pencapaian akademik jela. Attitude sume sama. Tah mana silapnya. Slowly aku try to adapt dengan environment sekolah ni, InsyaAllah.

Minggu ni dorang exam fasa dua. So, aku relaks sikit lah. Arini last exam and paper last paper BI. Adoilaaaa...Tiga kelas aku nak tanda nih...Culture shock aku. Sebelum ni dok tanda enam paper je..skang ni dah jadi nak dekat 20 kali ganda.

Wednesday, July 31, 2013

Pisang Lenyek

Petang semalam lepas Mr Love balik keje aku ajak dia gi survey barang nak bagi Hazeem makan. Gi Manjaku Kajang je. Aku aim steamer/blender Avent tu. Memang mahal lagi-lagi gaji aku tak jalan lagi, lagi la aku rasa mahal. Tapi aku pecaya benda tu worth for money untuk orang keje cam aku. Mula-mula aku boleh pujuk ati beli blender lain yang lebih murah je. Tapi bila aku pikir nutrien yang ada bila guna Avent tu, aku rasa aku nak jugak! ;p

Ni la steamer/blender yang diidamkan :)
Kat Manjaku steamer/blender Avent tu ada 20% less je. Yang lagi bes bila normal price dia RM500++. Orang jual online pon normal price baru RM400++. Ape melampau benar Manjaku ni??? So, ok bai ler jawabnya. Ended up tak beli pape...hahaha..

So, semalam just bagi makan pisang je as starter. So, aku lenyek ler pisang. Tak dan nak snap picture pon. Hazeem seronok gila dapat makan. Aku bagi quarter pisang je. Abis sume dia makan. Tade sikit pon dia luah. Jadual ni as reference aku.


As a mother, mesti kita nak bagi yang terbaik untuk anak kita kan? So, aku cuba sedaya upaya aku untuk bagi dia segala nutrien yang dia patut terima, InsyaAllah. Semoga Allah S.W.T. sentiasa bagi aku kudrat untuk buat semua ni. Amin.

Tuesday, July 30, 2013

Is He Ready for Solid Food???

Lagi dua minggu Hazeem turns to 6 months! Tapi aku tak sabar nak bagi dia makan ni as dia dah tunjuk tanda-tanda dia nak makan. Ni as per info yang aku dapat dari Mr. Gugel pasal macam mana nak tau baby dah ready nak makan.

- Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
Ramai orang kata badan dia tegap. Kepala dia memang tak goyang/lembik. 

- Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
Boleh.

- Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
Yang ni Hazeem pass as berat dia lahir 2.98kg. Masa dia 5 bulan dia dah 7kg.

- Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
Hazeem makin kerap menyusu sampai aku dah tak dapat baca. Kalo sebelum ni dia akan mintak 2 jam sekali, tapi skang ni makin kerap. (macam tak kenyang la kan? aku lak risau susu aku tak sempat recover)

- Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
Mulut dia akan ikut mulut kita mengunyah. Sian lak aku nengok anak aku nih cam anak burung tunggu makanan masuk mulut.

- Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
Dia tak capai, tapi dia tengok je makanan tu dari kita amik dalam pinggan sampai la masuk dalam mulut kita.

- Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
Sebenarnya kadang-kadang aku bagi kurma. Dia sangatla hepi makan kurma tu sampaikan kalo aku tarik kejap dia dah tarik balik tangan aku. Bila dah abis, dia menangis. Sebijik sehari dahla.

- Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
Kalo tengok cara dia hisap kurma tu dia boleh kunyah dan telan dengan baik. Tade sedak-sedak so far.

- Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.
Dia boleh pegang menan dah especially teether tu. Tak penah lak bagi makanan suh dia pegang.

Ok. Nampaknya Hazeem dah ready for solid food....yeayyyyyyy! Aku la terlebih seronok sebab bila dia kenyang, aku leh pam susu banyak-banyak (hopefully) cos stok aku dah tahap kais pagi makan pagi nih. Teringin sangat nak bagi dia susu sampai 2 tahun, InsyaAllah....

So, aku kene start carik barang untuk buat solid food rambut pacak aku tu. Ni pon aku gugel:

1. Steamer
2. Food processor/blender
3. Feeding set
4. Food storage containers
5. Warmer
6. Bip
7. Food feeder

So ibu cargasssssssss!

Monday, July 29, 2013

Raya with Pumpkin Patch

Semalam jumpa kawan lama Mr Love yang keje kat Jeddah tu. Amek dia kat MAHSA College as dia further study kat situ. Ekceli dia memang ada bagitau yang dia nak belikan baju raya Hazeem as present. Sebelum dia balik sini dia nak bagi Tommee Tippee set, tapi aku kata tak payah sebab mamat tu taknak. Even aku bli Avent design baru pun dia taknak. Dipendekkan cite, ni la hasil bila bawak maksu gi Midvalley semalam.



Kemeja oren tu maksu grab jugak cos dia nak match kan dengan cap. Kejap je la Hazeem pakai cos 3-6m punye. And then Mr Love cakap "Takpe, adik dia boleh pakai"..huhu..lelaki lagi kah? Kalau aku masuk Pumpkin Patch ni aku mampu beli stokin je..huhu..Mothercare affordable lagi kot? Ke sama? :p

Tuesday, May 21, 2013

Muhammad Hazeem bin Muhamad Zaki




Representing Muhammad Hazeem bin Muhamad Zaki :)))

Date of Birth: 12th February 2013
Time: 640pm
Weight: 2.98kg
Venue: Hospital Serdang

Sunday, May 5, 2013

Quick Update

Just a quick update :).

Serius taktau nak mula dari mana. Since deliver arituh terus tak update blog ;p. Still tak dapat nak organize n manage bila dah ada baby...hihihi...Hopefully pasni ok..