Showing posts with label Manjaku. Show all posts
Showing posts with label Manjaku. Show all posts

Sunday, December 16, 2012

Summary Cerita Satu Minggu

Balik Kampung

Last Friday balik Alor Star sampai ari Selasa. Masa kat sana makan memang heaven la. Jumaat malam tu travel sempat lagi singgah makan durian kat R&R Sungai Perak. Dapnyerrrrrr ;). Rasanya sampai kampung dalam kul 1.30am cos Mr. Love ada benti tido. Aku teros tido la cos memang dah tak larat pastu sakit pinggang ni Tuhan je yang tau.
Cuaca kat sana memang panas berdenyut. Aku ni dahlah pantang berpeluh, memang susah nak sejuk balik unless aku tak buat keje apa2. Takkan lah aku nak duduk je tak buat keje kan. Tak syok la plak. Tido malam pon berpeluh2 aku dibuatnya. Memang sangat tak tahan dengan cuaca sana :(.
Panas2 pun sempat gak aku shopping sikit. Boring lak dok umah kan. Aku jalan ngan SIL aku. Dia jela tukang teman aku cos aku bukan tau jalan. Oh ya! Before bertolak ke Alor Star on Friday tu, aku nyer breast pump dah sampai tapi tak sempat bukak cos dah terkocoh2 nak pack up barang2 kan. Aku beli manual je after buat beberapa judgment. Ekceli wish list aku nak Medela FS la (kononnya ;p) cos memang style la kalo tengok gambo kat bawah ni. Mr. Love pon dah agreed dah memula and aku willing to spend. Pastu suara mana tah datang kata takyahla beli cos taktau lagi susu ada ke tidak. Kang beli mahal2, sesaje buat pameran kang. Tapi aku hope susu ada la. Kalo based on mak aku, mak aku susukan 4 orang adik badik aku sampai 2 taun. Sebab tu agaknya kitorg nak demam pon macam hari raya-setaun skali..Alhamdulillah. Abang aku sorang je yang mak bagi air kosong as masa dia lahir tu mak kata dia keje. So tak dapat bagi abang aku susu. 
Pastu nape aku pilih breast pump manual Avent design baru ni sebab aku baca testimoni orang kate yang ni bagus dari design lama. So, apa kata aku try dulu yang ni. If tak bes and production susu bagus, aku beli la as per wish list tu kan...(ayat nak sedapkan ati).


Aku dengan SIL aku gi Pacific. Beli baju n suar pendek, mittens & booties n barut zip zap tu selai. Saje gatal nak bagi ada je.

Manjaku, Wangsa Maju

Sampai termimpi2 nak beli cover mattress playpen ni. Teringat masa gi Manjaku aritu sebab cam perasan ada warna biru plain yang memang aku carik tuh sebab carik kat tempat lain macam susah je nak jumpa yang plain. Seb baik ada lagi. So tak sia2 la travel dari Kajang ke Wangsa Maju :). Cer teke nape aku carik warna biru? Haha...sebabbbbbb.....sebenarnya masa Sale Pureen aritu Mr. Love dengan laju amek set bantal (1 pillow, 2 bolster) yang backgroundnya biru :). Kang kalo aku beli warna lain, bukan takat baby je pening, aku pun buleh pening skali.
Disposable panties tu saje beli lagi. Takut tak cukup.
Sogo (taktau round yang ke berapa dah)
Hooded blanket, socks, hats, barut, romper n 1 pair baju
 Yeah, rembatan lagi di Sogo yer. Sangat heaven! Tujuan utama nak carik hat JE utk match ngan mittens & booties yang dah ada. Silap gak masa beli booties & mittens dulu x carik yang ada jual skali ngan hat. Kalo tak dah senang keje aku..huh! Tapi takpelah, tade la nyesal sangat cos most matching hat udah jumpain :). Aku pun cuti, so terisi gak masa lapang aku..hehe. Barut tu aku beli 10 helai je kat Anakku. Pastu ingat nak order on9 untuk additional.
 
OneBabyWorld lagikkk

Hooded blanket, kain muslin, zap on swaddle
 Ikan Siakap Kap Kun Kap Ngap Ngap Ngap

Fes time aku beli ikan siakap ni...tapi nak masak taktau. Yang paling aku malas kene kikis sisik dia la plak...adoyaiii...ni yang nak suh Mr. Love buat ni. Aku ni dah la tak bape rajin masak. So, ikan ni masih dalam freezer yer ;p
 
Tilam Kekabu

Aku ada survey some blogs yang jual set tilam kekabu ni. Some of the blogs are:
LittleDje - Aku tak tanya pon whether boleh custom made ke tidak as tengok page dia macam dia jual ready stock je.
LittleDiva - Owner page ni memang dah siap2 bagitau dia tak amik order dah. Just jual ready stock je.
LilJuniorBabyBooth - Aku order kat sini. Pilihan fabrik banyak. Rambang mata dibuatnya.
wanisashop.wanisa - Order dah ditutup sampai bulan April 2013. Order buka semula bulan Mei 2013...huhuhahahihi
BantalKekabuVentures - Tak banyak pilihan fabrik :(
Mula2 minat design kain ni. Tapi dah abes la plak :(
 
At last aku pilih design kain ni

Aku request tilam tu macam ni

Friday, December 7, 2012

Play gym, bengkung dll

Semalam kuar gi Manjaku. Plan nak beli play gym Simple Dimple untuk hadiah kat si Hawa. Sebijik la play gym cam kat bawah ni. Ingat ada la 10% off, rupenyer tade. Dah sampai, beli jela. Kalo plan awal nak beli, buleh bli skali kat littlewhiz aritu.

 

Masok lam Metro Kajang, beli 2 helai tudung plain. Masa nak bayar, mata dok melilau nengok keliling. Nampakla set confinement. Tanya2 kat promoter tu apa yang salu orang pakai. Dia suggest Nona Roguy. Katanya jamu dia bagus. Tapi bengkung tak included la. Kene beli asing. Harga RM365. Ok fine! Pastu mata melilau lagi. Nampak lak bengkung. Tanya lagi bengkung apa yang bagus. Dia kata Sendayu Tinggi. Ada 2 jenis bengkung. 1 buleh ikat sampai punggung je, 1 lagi buleh ikat sampai peha. 'Sebab akak tinggi, akak amik yang sampai peha ni la'...logik kah alasan itu? Beli jela. RM40 :).
 
 
 
Ni la satu2 nya hat yang aku beli. Kene tambah lagi la nampaknya ni.


Koleksi mittens & booties yang bakal bertambah...hahahaha

Thursday, December 6, 2012

Sikit2 Lama2 Jadi Bukit

Tujuan kuar kali ni nak carik bottle n food warmer yang boleh guna dalam kete n kat umah skali. Suddenly teringat yang Manjaku ada jugak Kajang nih. Berdepan dengan Metro Kajang. So, skali jalan la. Pastu aku nak ke Parkson carik pisau sebab pisau aku patah Mr. Love wat belah durian..huhu..Akhirnya kat Manjaku dapat gak warmer Littlebean tu. Ada diskaun 10%. Mula2 aim nak bli Avent, pastu tak jadi cos dia takleh pakai dalam kete. Dapat yang murah n 2in1. Kan ke jimat :). Mr. Love kata duit aku tak susut2...hahaha...Asal kuar je mesti aku membeli.
 
Disposable panties, warmer, nasal aspirator

Baju ni plak beli kat Parkson. 1 baju lubang Anakku n 1 sleepsuit Pigeon.

Monday, November 26, 2012

Barang Baby lagi dan lagi

Semalam gi umah mak. Pastu jumpa Intan n Yati kat Jusco Wangsa Maju. Dekat maghrib baru bawak haluan masing2. Aku cam biasa akan ke Baby's Department la. Ada lagi barang dalam checklist tak settle lagi. Beli sikit2 gitu. So, hasil kat Jusco adalah.....


nb drypers, disposable breast pad, cotton balls, safety pin 'n' nappy liners

Janganla tanya aku nape aku beli nappy liners tu eh sbb aku belasah je beli as dalam checklist tu ada. Aku beli je. Lagipun bukan mahai sangat. Mane nak tau nanti nak guna. Masa tu benda dah ada. Takpayah nak suruh Mr. Love gi beli. Kot2 mak aku tau nak guna menda tu kan. Mak aku kan old skool ;). Cotton balls tu lak aku rasa cam tak relevan cos aku dah beli baby wipes. Tapi taktaula. Standby jela. Total lost ~ RM74. Pastu aku sambung lak kat Manjaku Baby Centre kat tepi Carrefour tu. Hasilnya.....


nb drypers, cotton buds, plastic tie-pants 'n' towel

Plastic tie-pants tu if aku berhajat nak bagi baby pakai napkin la kan. Teringat masa zaman mak aku jaga budak2 dulu. Wujud lagi menda alah plastik ni kan...hihihi...aku beli untuk standby. Tak mahai jua. Nape aku beli diapers kat dua tempat berbeza? Sebabnya kat Manjaku ni harga dia kurang singgit. So, aku beli la lagi. Lagipun aku teringat Mr. Love kata beli diapers tu dalam 2-3 plastik. Tu yang aku beli lagi tu..huhu...

Bila Mr. Love tengok cotton buds tu plak, dia suh beli yang saiz kecik lak. Yang aku beli ni saiz orang tua katanya. Tapi brand Anakku, bukan Bapakku or Makku. Mestila baby pon leh guna kan? Satu hal lak lagi aku nak explorace carik cotton buds saiz kecik..Melayang lagi duit aku kat Manjaku ni ~ RM54. Sambung lain hari lak...:) [Seronok gile shopping barang baby ni :))]