Wednesday, November 16, 2011

Di mana Encik Kekuatan? :(

"ALLAH S.W.T does not place a burden on your shoulders more than you can bear ..." (Al-Qur'an:286)

Ya Allah, aku rasa mcm x mampu je nak face dugaanmu kali ni. Tekanan bertimpa2. Dengan x dpt tuka blk Selangor, dgn kerenah sume makhluk2 Allah kat sekolah. Rasa sesak dada ni nak bernafas. Kurniakanlah kesabaran, ketabahan dan ketenangan jiwa, Ya Allah. *Aku menangis di dalam hati :((

Tuesday, November 15, 2011

Menceceh Jap

Pg2 td sampai, teros turun lab kononnya nak print logo utk sijil NILAM. Tetibe black ink abes, so terpaksa print kat atas, black n white la tapi. Siap keje aku, baru aku breakfast. Dalam masa tgh mkn tu, aku teringat markah bebudak yg biasanya aku bg kat SUP. Since SUP cuti bersalin, aku tanya PK1. Boleh dia jawab, 'Saya ke kene simpan tu?'. Aku jwb, 'Mana la saya tau!'. Pastu sesuka ati suh aku carik fail apekebende tah. Aku jwb, 'Tu bukan keje saya.' Pastu aku blah. Malas nak layan org x reti buat keje ni. Baik aku yg jd PK1.

After recess, aku carik budak tahun 1. Rupenye ada kat library. Masok je library, umang aiiiii...mcm kapal karam! Pucuk dicita, ulam mendatang la kan...Berdesing jugak la kot telinga aku marah dorg td. Serba serbi malas budak2 ni. Tau nak senang je kejenya. Aku panggil budak tahun 1 balik kelas cos aku nak settlekan topik last 'Bentuk'. Ada yg mcm endah x endah je. Tp ada jugak yg menyelamatkan aku dari berckp sorg2....as usual~ Joshua :). Budak ni bagus.

Esok ada meeting staf 2012. Tgkla, kalo aku rajin nak wat hiasan kat backdrop tu aku wat la. if not, tampal je la banner yg ado tu.

Monday, November 14, 2011

Isnin Yang Sepi pi pi

Hari2 yg dilalui sgtlah boringnya dgn ketiadaan suami di sisi :(. Kat sini, selama hampir 3 tahun ni benda yg sama berulang2 yg jadi. Ya Allah, bosan ya amat. Orang, topik sume sama. Alam sekeliling jgn ckpla. Mmg sama je. Kan bes esok pg bgn tetibe nengok Kajang tu seberang jalan je ;p. Imaginasi yg sgt karut. Fairytale pon x sampai mcm tu...kehkehkeh...gaban pon x penah seboring ni kot?

Orang lain ujung taun dah relax. Ni nape aku bz lg ni? Dahla ada lg 1 topik tertinggal utk maths year 1 n 4 ni. Sian dorg. Byk menda nak kejar. Sume nak kene buat. Mana dgn KSSR, LINUS, PROTIM, NILAM. Haddoiiiii! Hari ni pepagi lg aku isi markah bebudak. Pastu aku turun lab print sijil NILAM n surat rayuan pertukaran aku. Then aku naik atas mintak GB double check surat aku. Kul 1030am meeting untuk anugerah cemerlang yg dah ditunda Khamis ni. Perhiasan backdrop x buat lg...Mcm aku sorg je yg kene pikir ni. Kenapa la kalo dah tau job description sendiri xnak buat awal2 kalo dah tau masa event tu ko takde?? Mmg sengaja xnak buat keje kan??? Macamana mulut laser aku ni x slalu komplen masa post mortem! Sendiri mau ingat la keje sendiri. Xkan tu pon aku nak ajar. Korg tu cikgu. Bukannya dungu! Sekian, terima kasih.

Sunday, November 13, 2011

Talking to Me Self

Aku xtau kenapa lately aku tak suka berckp byk n buat keje sendiri. Aku mmg tertekan duduk kat sini tanpa suami di sisi. Aku tgk org preggy, aku jeles. Bila org bercerita ttg preggy, aku malas nak masuk campur. Kdg2 aku buat2 x dgr. Gerimis dlm hati aku hanya Tuhan je yg tau.

Aku lahir kat KL. Seriously, selama 3 tahun aku cuba adapt dgn keadaan kat Kanowit ni. Segala2nya kurang compared to tanah tumpah darahku. Lebih2 lg keluarga, kwn2 apalagi suami ada kat sana. So far keje aku x menjejaskan. Aku belajar sebyk mana aku boleh walaupun kat sini sbnrnya sgt LEISURE!

Aku sayangkan kerjaya ni. N i've look forward nak sambung belajar jika Allah masih jodohkan aku dgn kerjaya ni. Entahlah, nak teruskan tahun ke 4 kat bumi Borneo ni, mcm x je....

Sunday, April 10, 2011

Wutever

Wallah! Lamanya tak bercerita. Bz lak tetibe...Nak plak dah di'appoint' as SU Pertandingan Tarian Sekolah2 Rendah Daerah Kanowit cos sekolah aku jadi organizer...Husin, Husin....*tetibe*

1st April dimulakan dengan pem'balik'an aku ke pangkuan yang tersayang :). Nak jimat nyer pasal, terpaksa naik flite lompat2. bukan bas je leh lompat2 tau. Sibu-Kuching-KL. penat toksah cakap la.

Now, aku obses ngan kraf inspired by my sister. She's creative! Dengan kreativiti dia, dia leh wat duit skang. Tapi aku wat bukan nak potong line dia, since menda2 yang dia wat tu aku leh pakai ngan shawl/selendang, why not aku wat sendiri kan. Kalo mintak ngan dia je, memang la dia bagi. Tapi cam tak bes la kan...

1st attempt - 7 April 2011

2nd attempt - 9 April 2011

Thanx for friends yang support, bagi compliments ~ really appreciate it :).

Wednesday, March 9, 2011

Ye ke?


Tetiba rasa nak publish menda ni even menda ni dah sangat lama orang tau. Sukehati aku la kan. Ni blog aku. Fyi, aku lahir bulan September. Ni aku amik dari pakar motivasi kita la, Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Meh tengok apa yg kene ngan aku...hehehe

1) Sangat bersopan santun dan bertolak ansur - hehe...santun la sangat..ni kene orang judge. nak suh aku perasan sendiri pun bule ;p
2) Sangat cermat, teliti dan teratur - no. 2 ni sangat relate ngan no. 6, no. 8 n no. 21. yup, aku mengaku aku sangat fussy. aku sukekan kesempurnaan dalam keje aku especially melibatkan dokumen. salah 1 huruf pun aku leh print semula. kalo boleh aku tanak ada kesilapan. kadang2, sebab nak sempurna sangat, keje aku jadi lambat siap, but within the time frame la. tapi aku puas ati dengan keje aku :)
3)Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik - yer, skali lagi aku mengaku. sometimes aku fikir, lebih baik aku tegur dari orang lain tegur. at least tade la malu sangat. macam member aku sorang ni nak sebut 'plat' kete, dia sebut 'flat' kete. aku dah betulkan, nak jugak sebut 'flat'. lantak ko lah!
4) Pendiam tapi pandai bercakap - so true. kadang2 aku boleh jadi sangat penyenyap, n kadang2 aku leh jadi sangat bising. pandai bercakap tu mungkin la cos kalo tak, takkan aku jadi cikgu ;p
5) Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati - yang part 'sangat' tu aku biarkan orang judge aku. bab mudah simpati tu bukan takat simpati kat benda sedih, kat orang jual air liur tu pun aku senang kesian. dalam ati aku,'sian dia ni, menceceh lama gila kat aku, alih2 aku tak beli'. last2, memang aku TERbeli. benda paling mahal aku penah terjebak angkara penjualan air liur ni adalah induction cooker=RM2K! Tapi aku dah jual balik kat org lain dgn harga RM1500 selepas setahun tidak digunakan ;p
6) Sangat prihatin dan terperinci - see no. 2
7) Amanah, setia dan jujur - i leave this part for people to judge :)
8) Kerja yang dilakukan sangat sempurna - see no. 2
9) Sangat sensitif yang tidak diketahui - tetibe aku leh buat bising, n tetibe juge aku leh senyap. mood aku berubah2. kadang2 aku bercakap bila perlu je sbb aku nengok ramai lagi orang berebut2 nak bercakap...hahaha...
10) Orang yang banyak berfikir - ada otak, fikirlah!
11) Daya pentaakulan yang baik - ni aku mengaku cos aku memang suka maths :D. Maths masa UPSR aku A, PMR pun A, SPM aku dpt A1. Addmaths je c3 :(. aku suka main sudoku, saidina (tetibe)
12) Otak bijak dan mudah belajar - bijak sangat tu tidaklah. kalo aku bijak sangat, aku dapat first class masa degree dulu. ni 2nd class upper jak...huhuu
13) Suka mencari maklumat - yer, lagi2 dah boleh carik di hujung jari kan. aku juge suke bagi kwn2 info.
14) Kawal diri dari terlalu mengkritik - aku cuba. kadang2 lepas aku kritik orang tu, aku sedar. untuk kebaikan, ape salahnya kan? papepun, maafkan aku kawan2 kalo cara kritikan aku tu terlalu membunuh korang....kekekeke
15) Pandai mendorong diri sendiri - if aku rasa aku nak buat, aku tak perlu tunggu orang suruh. tapi kalo aku tanak buat, jangan harapla aku nak buat kalo orang suh! contohnya, aku suka basuh pinggan. kalo aku rajin, aku basuh banyak pinggan. tapi kalo aku malas, mak aku suruh pun aku pekakkan tinge je. kalo aku buat pun, aku saje basuh kasi pinggan tu berlaga, pastu mak aku suh benti...kekeke
16) Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia - entah! manade aku simpan rahsia.
17) Suka sukan, hiburan dan melancong - ni bukan yang lahir bulan September je suka menda ni kan kan kan...
18) Kurang menunjukkan perasaannya - especially bila aku sedih. aku tahan airmata aku. aku ni nampak je kasar n garang, tapi hati aku sangat tisu.
19) Terluka hatinya sangat lama disimpan - aduh! dengan orang yang paling sayang selalu sangat menda ni terjadi. bukan berdendam, tapi aku rasa kenapa hati aku disakitkan?? fragile sangat ati aku nih. memang kalo aku merajuk, berhari2. paling lama 5 hari.
20) Sukakan benda yang luas - yang ni aku tak paham. ape yang luas? padang golf?
21) Bersistematik - see no. 2

Wednesday, March 2, 2011

His 34th Birthday - Without Me Again :(

Ini deco cupcakes yg aku order utk birthday Love tahun ni.
Aku cari yg plg dekat dgn ofis Love supaya delivery charge nyer tadela melampau sgt.
At last, aku jumpa satu blog cupcake ni :). Aku siap bg hint kat org tu supaya sms Love instead of call cos that day Love ada course. Kang dia tamo pick up phone call yg tak kenal, kan ke tak jd surprised aku nanti ;p



Design and letak edible image-motor (kalo ada rezeki motor ni jd hak mutlak dia, Insyaallah).

Dan hari yg ditunggu2 tiba - 02 Mac 2011.
Aku yg terlebih excited nak tau apa reaction dia after dpt cupcakes ni.
Purposed just nak impress dia thru the edible image tu je ;p
From his sms, dia mmg impress esp ada pic motor idaman dia tu.
Ini yg dpt aku fikirkan dari kejauhan
Harapan aku taun depan aku ada bersama-sama dia sambut birthday dia...Amin~

Dan inilah cupcakes yg telah di designkan.......tadaaaaaa :))



Thx babycakes2u.com :))

Monday, February 28, 2011

Kaki Dalam Mulut

Apa korang rasa bila org tuduh korg buat sesuatu yg korg tak buat???
Ada rasa nak tuka jd Hulk tak?
Aku tanak la jd Hulk - baik sikit je dari Hulk => dpt letak kaki aku dlm mulut dia pun dah cukup...hahahaha..sounds ganas kan?
Tp aku tetap maintain schweet :D.
Cerita yg sebenarnya, ada org tuduh aku santau dia sampai dia sakit 3 minggu. Nauzubillahiminzalik.
Sejahat2 aku dan sejahil2 aku, tak pernah terfikir aku nak buat menda2 tu sume.
Mentang2 aku kat Sarawak (kononnya santau tu kuat kat sini-doink!), sesuka hati je nak tuduh aku yer.
Yer, selalu kau ckp pada aku, Tuhan Maha Adil.
Semoga kau diberi hidayahNya. Amin~

Boleh kenyang kot mkn kasut ni...Erkkk

Sunday, February 27, 2011

..Proud of Myself..




Contribution pertama aku kat sekolah yg akan dikenang. Harap je ;p


Jgn mengharap setinggi gunung, bukit pun tak tentu lg ni. Org sikit pun tak appreciate dgn apa yg aku buat. Apa yg penting, aku suka dgn apa yg aku buat. Yg lain lantak korglah nak ckp apa.


Keychain ni aku order dari blog premium items based kat Kelantan. RM3.50/pc sbb buatpun tak byk kan, 23pcs je. Kalo beratus2, dapatlah RM1.50 camtu.

Saturday, February 26, 2011

Penukaran imej 100% (doakan yer!).


28 Januari 2011


Bila timbul rasa tu?
Aku pun kurang pasti. Fikir.
That day aku dlm misi pulang ke pangkuan yg tersayang. Senyum sampai telinga.
Travel dari Sibu ke Kuching semata2 nak jimatkan kos sbb aku tiap2 bulan blk :D. Penat.
Aku tak bgtau dia pon, tp aku ada hint2. Sampai kat KLIA mlm tu (mcm biasa la, dia jemput), aku dah nak kuar carik dia, aku dgr bunyi org siul @ sweet. Aku kenal sgt sweet camtu sbb dia tak reti nak keluarkan bunyi dgn bibir mcm org nak bercium tu (hahaha). Aiseh, x jd surprise aku sbb dia dah nampak aku dulu.


Aku carik2 tak nampak pun. Dia wat lawak nyorok blkg tiang. Malas la konon aku nak layan. Sampai kat luar, dia sweet lg n nyorok. Pastu baru nampak. Dia nyer muka mcm seronok gila n teruja dgn kemuslimahan aku...wakakaka..apa yg aku tau, dia mmg happy. dah lama dia mintak perubahan tu. cuma aku je kononnya belum sampai seru (poyo).


Apepun, aku harap perubahan kekal n penutupan yg maksima pd masa depan, InsyaAllah. Semoga Allah mempermudahkan urusanku. Amin~

Yoga jap ;p

Assalamualaikum n Salam Sejahtera,
Lama tak hapdet blog ni.
Takde masa nak tulis sbnrnya ;p.
Hari ni rasa nak muhasabah diri sket n peringatan untuk diri sendiri n semua org.
Niat nak buang sikap buruk tu, mmg niat yg sgtlah baik gila.
Tp kita manusia biasa, dalam masa kepada perubahan, kita tetap melakukan kesalahan.
Kdg2 sedar, kdg2 tak sedar.
Kita tak dpt puaskan hati semua org.
Hanya Allah yang tau mcmana berusahanya kita nak buat semua org tersenyum dgn tindakan kita, betul x?
Jgn mengeluh, Tuhan x suka.
Apepun, mintak dipermudahkan segala urusan.
Insyaallah, mintak dgn Dia, dgn cara yg betul, Dia pun tak teragak2 nak bagi :).