Wednesday, March 9, 2011

Ye ke?


Tetiba rasa nak publish menda ni even menda ni dah sangat lama orang tau. Sukehati aku la kan. Ni blog aku. Fyi, aku lahir bulan September. Ni aku amik dari pakar motivasi kita la, Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Meh tengok apa yg kene ngan aku...hehehe

1) Sangat bersopan santun dan bertolak ansur - hehe...santun la sangat..ni kene orang judge. nak suh aku perasan sendiri pun bule ;p
2) Sangat cermat, teliti dan teratur - no. 2 ni sangat relate ngan no. 6, no. 8 n no. 21. yup, aku mengaku aku sangat fussy. aku sukekan kesempurnaan dalam keje aku especially melibatkan dokumen. salah 1 huruf pun aku leh print semula. kalo boleh aku tanak ada kesilapan. kadang2, sebab nak sempurna sangat, keje aku jadi lambat siap, but within the time frame la. tapi aku puas ati dengan keje aku :)
3)Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik - yer, skali lagi aku mengaku. sometimes aku fikir, lebih baik aku tegur dari orang lain tegur. at least tade la malu sangat. macam member aku sorang ni nak sebut 'plat' kete, dia sebut 'flat' kete. aku dah betulkan, nak jugak sebut 'flat'. lantak ko lah!
4) Pendiam tapi pandai bercakap - so true. kadang2 aku boleh jadi sangat penyenyap, n kadang2 aku leh jadi sangat bising. pandai bercakap tu mungkin la cos kalo tak, takkan aku jadi cikgu ;p
5) Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati - yang part 'sangat' tu aku biarkan orang judge aku. bab mudah simpati tu bukan takat simpati kat benda sedih, kat orang jual air liur tu pun aku senang kesian. dalam ati aku,'sian dia ni, menceceh lama gila kat aku, alih2 aku tak beli'. last2, memang aku TERbeli. benda paling mahal aku penah terjebak angkara penjualan air liur ni adalah induction cooker=RM2K! Tapi aku dah jual balik kat org lain dgn harga RM1500 selepas setahun tidak digunakan ;p
6) Sangat prihatin dan terperinci - see no. 2
7) Amanah, setia dan jujur - i leave this part for people to judge :)
8) Kerja yang dilakukan sangat sempurna - see no. 2
9) Sangat sensitif yang tidak diketahui - tetibe aku leh buat bising, n tetibe juge aku leh senyap. mood aku berubah2. kadang2 aku bercakap bila perlu je sbb aku nengok ramai lagi orang berebut2 nak bercakap...hahaha...
10) Orang yang banyak berfikir - ada otak, fikirlah!
11) Daya pentaakulan yang baik - ni aku mengaku cos aku memang suka maths :D. Maths masa UPSR aku A, PMR pun A, SPM aku dpt A1. Addmaths je c3 :(. aku suka main sudoku, saidina (tetibe)
12) Otak bijak dan mudah belajar - bijak sangat tu tidaklah. kalo aku bijak sangat, aku dapat first class masa degree dulu. ni 2nd class upper jak...huhuu
13) Suka mencari maklumat - yer, lagi2 dah boleh carik di hujung jari kan. aku juge suke bagi kwn2 info.
14) Kawal diri dari terlalu mengkritik - aku cuba. kadang2 lepas aku kritik orang tu, aku sedar. untuk kebaikan, ape salahnya kan? papepun, maafkan aku kawan2 kalo cara kritikan aku tu terlalu membunuh korang....kekekeke
15) Pandai mendorong diri sendiri - if aku rasa aku nak buat, aku tak perlu tunggu orang suruh. tapi kalo aku tanak buat, jangan harapla aku nak buat kalo orang suh! contohnya, aku suka basuh pinggan. kalo aku rajin, aku basuh banyak pinggan. tapi kalo aku malas, mak aku suruh pun aku pekakkan tinge je. kalo aku buat pun, aku saje basuh kasi pinggan tu berlaga, pastu mak aku suh benti...kekeke
16) Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia - entah! manade aku simpan rahsia.
17) Suka sukan, hiburan dan melancong - ni bukan yang lahir bulan September je suka menda ni kan kan kan...
18) Kurang menunjukkan perasaannya - especially bila aku sedih. aku tahan airmata aku. aku ni nampak je kasar n garang, tapi hati aku sangat tisu.
19) Terluka hatinya sangat lama disimpan - aduh! dengan orang yang paling sayang selalu sangat menda ni terjadi. bukan berdendam, tapi aku rasa kenapa hati aku disakitkan?? fragile sangat ati aku nih. memang kalo aku merajuk, berhari2. paling lama 5 hari.
20) Sukakan benda yang luas - yang ni aku tak paham. ape yang luas? padang golf?
21) Bersistematik - see no. 2

2 comments:

  1. luas mewakili lautan...wawawawaa....sbb tu ulang alik selalu..suka tak?suka tak?hahahaa...

    ReplyDelete