Thursday, August 1, 2013

Cuti Pertengahan Penggal Kedua cum Hari Raya Aidilfitri

Pejam celik pejam celik dah nak cuti skolah balik. Tak terasa bahang cuti bila dah duduk dengan family ni. Oh ya! Disebabkan cite lompat-lompat nih sebenarnya aku dah dapat tukar ke sini bulan Julai aritu. Alhamdulillah, rezeki Hazeem. Aku sendiri tak sangka dapat tuka sebab kali ni aku tak guna kabel apa-apa. Aku dapat SK Pandan Indah. Aku bersyukur walaupun jauh sikit dari rumah, tapi aku happy sebab dapat duduk dengan husband dan anak.
 

Pastu malam tadi Mr Love tanya cuti skolah dua minggu kan? Eh, aku rasa seminggu je..Cek punya cek rupenye betul nearly to two weeks (12 days). Nampak sangat tak amik tau pasal cuti kan? Kalo dok kat Kanowit, sebulan sebelum cuti aku dah kira bape lama cuti sebab nak beli tiket balik ke sana balik...pfffftttttt

Ok skang aku nak cite pasal sekolah baru aku. Lama gile aku tak ngajar. Kekok tu tidaklah. Tapi nak adapt semula dengan rutin tulis lesson plan, nak prepare bahan bantu belajar amik masa sikit la. Nak plak skang dah 'beranak' lagilah aku kene juggle segala menda...huhu...sounds like macam susah bila ada anak ni kan? Hahahahaha....Bukanlaaaaaa....dah lama dok bujang, bila ada anak ni masa berubah sikit la. 



Aku report duty 8 Julai 2013. Kalo ikut surat aku kene report 1 Julai. JPN yang lambat kuarkan surat. So, bukan salah ibu mengandung la report lambat. Aku datang ari Isnin tu aku terus dapat jadual. Aku kena ganti cikgu yang bersara bulan Mei rituh. Kebetulan dia ngajar subjek minor aku (BI n PJK). Terpaksa rela la aku accept jadual tu. Lagipun tengah-tengah tahun ni redha je la apa yang datang. Dapat tuka ke sini dah seribu rahmat. Tahun depan aku nak mintak subjek major aku at least satu ke dua kelas.


Tadaaaaaaaa.....fes kad raya yang aku dapat dari murid lepas empat tahun aku tak penah dapat...hahahaa...Jakun la jap ;p. Selama hampir sebulan aku kat sekolah ni, aku tengok budak-budak ni ada masalah disiplin. Baik kelas depan maupun kelas belakang. Sama je disiplinnya. Yang membezakan pencapaian akademik jela. Attitude sume sama. Tah mana silapnya. Slowly aku try to adapt dengan environment sekolah ni, InsyaAllah.

Minggu ni dorang exam fasa dua. So, aku relaks sikit lah. Arini last exam and paper last paper BI. Adoilaaaa...Tiga kelas aku nak tanda nih...Culture shock aku. Sebelum ni dok tanda enam paper je..skang ni dah jadi nak dekat 20 kali ganda.

No comments:

Post a Comment