Wednesday, July 31, 2013

Pisang Lenyek

Petang semalam lepas Mr Love balik keje aku ajak dia gi survey barang nak bagi Hazeem makan. Gi Manjaku Kajang je. Aku aim steamer/blender Avent tu. Memang mahal lagi-lagi gaji aku tak jalan lagi, lagi la aku rasa mahal. Tapi aku pecaya benda tu worth for money untuk orang keje cam aku. Mula-mula aku boleh pujuk ati beli blender lain yang lebih murah je. Tapi bila aku pikir nutrien yang ada bila guna Avent tu, aku rasa aku nak jugak! ;p

Ni la steamer/blender yang diidamkan :)
Kat Manjaku steamer/blender Avent tu ada 20% less je. Yang lagi bes bila normal price dia RM500++. Orang jual online pon normal price baru RM400++. Ape melampau benar Manjaku ni??? So, ok bai ler jawabnya. Ended up tak beli pape...hahaha..

So, semalam just bagi makan pisang je as starter. So, aku lenyek ler pisang. Tak dan nak snap picture pon. Hazeem seronok gila dapat makan. Aku bagi quarter pisang je. Abis sume dia makan. Tade sikit pon dia luah. Jadual ni as reference aku.


As a mother, mesti kita nak bagi yang terbaik untuk anak kita kan? So, aku cuba sedaya upaya aku untuk bagi dia segala nutrien yang dia patut terima, InsyaAllah. Semoga Allah S.W.T. sentiasa bagi aku kudrat untuk buat semua ni. Amin.

Tuesday, July 30, 2013

Is He Ready for Solid Food???

Lagi dua minggu Hazeem turns to 6 months! Tapi aku tak sabar nak bagi dia makan ni as dia dah tunjuk tanda-tanda dia nak makan. Ni as per info yang aku dapat dari Mr. Gugel pasal macam mana nak tau baby dah ready nak makan.

- Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
Ramai orang kata badan dia tegap. Kepala dia memang tak goyang/lembik. 

- Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
Boleh.

- Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
Yang ni Hazeem pass as berat dia lahir 2.98kg. Masa dia 5 bulan dia dah 7kg.

- Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
Hazeem makin kerap menyusu sampai aku dah tak dapat baca. Kalo sebelum ni dia akan mintak 2 jam sekali, tapi skang ni makin kerap. (macam tak kenyang la kan? aku lak risau susu aku tak sempat recover)

- Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
Mulut dia akan ikut mulut kita mengunyah. Sian lak aku nengok anak aku nih cam anak burung tunggu makanan masuk mulut.

- Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
Dia tak capai, tapi dia tengok je makanan tu dari kita amik dalam pinggan sampai la masuk dalam mulut kita.

- Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
Sebenarnya kadang-kadang aku bagi kurma. Dia sangatla hepi makan kurma tu sampaikan kalo aku tarik kejap dia dah tarik balik tangan aku. Bila dah abis, dia menangis. Sebijik sehari dahla.

- Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
Kalo tengok cara dia hisap kurma tu dia boleh kunyah dan telan dengan baik. Tade sedak-sedak so far.

- Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.
Dia boleh pegang menan dah especially teether tu. Tak penah lak bagi makanan suh dia pegang.

Ok. Nampaknya Hazeem dah ready for solid food....yeayyyyyyy! Aku la terlebih seronok sebab bila dia kenyang, aku leh pam susu banyak-banyak (hopefully) cos stok aku dah tahap kais pagi makan pagi nih. Teringin sangat nak bagi dia susu sampai 2 tahun, InsyaAllah....

So, aku kene start carik barang untuk buat solid food rambut pacak aku tu. Ni pon aku gugel:

1. Steamer
2. Food processor/blender
3. Feeding set
4. Food storage containers
5. Warmer
6. Bip
7. Food feeder

So ibu cargasssssssss!

Monday, July 29, 2013

Raya with Pumpkin Patch

Semalam jumpa kawan lama Mr Love yang keje kat Jeddah tu. Amek dia kat MAHSA College as dia further study kat situ. Ekceli dia memang ada bagitau yang dia nak belikan baju raya Hazeem as present. Sebelum dia balik sini dia nak bagi Tommee Tippee set, tapi aku kata tak payah sebab mamat tu taknak. Even aku bli Avent design baru pun dia taknak. Dipendekkan cite, ni la hasil bila bawak maksu gi Midvalley semalam.



Kemeja oren tu maksu grab jugak cos dia nak match kan dengan cap. Kejap je la Hazeem pakai cos 3-6m punye. And then Mr Love cakap "Takpe, adik dia boleh pakai"..huhu..lelaki lagi kah? Kalau aku masuk Pumpkin Patch ni aku mampu beli stokin je..huhu..Mothercare affordable lagi kot? Ke sama? :p

Tuesday, May 21, 2013

Muhammad Hazeem bin Muhamad Zaki




Representing Muhammad Hazeem bin Muhamad Zaki :)))

Date of Birth: 12th February 2013
Time: 640pm
Weight: 2.98kg
Venue: Hospital Serdang

Sunday, May 5, 2013

Quick Update

Just a quick update :).

Serius taktau nak mula dari mana. Since deliver arituh terus tak update blog ;p. Still tak dapat nak organize n manage bila dah ada baby...hihihi...Hopefully pasni ok..

Monday, February 11, 2013

Oedema?? Huk Alohhhhh

Lepas faced jari2 kebas, kaki aku lak membengkak dengan jayanya especially kalo aku berdiri lama apatah lagi kalo berjalan tanpa henti. Faktanya camni,

"Keadaan di mana badan anda menyimpan terlalu banyak cecair. Ia berlaku akibat terdapatnya darah berlebihan dalam badan anda kerana anda hamil.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. 

 
Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. 

 
Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. 

 
Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. 

 
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi." 

Cara2 mengatasi oedema ni apa yang aku buat adalah masa tido aku letak bantal kat kaki so kaki aku lebih tinggi dari badan aku. So far bila pagi memang bengkak surut, tapi jadi balik unless aku merangkak...haha. Hadap je la sementara nak tunggu deliver ni kan. Kalo aku tak tahan sangat aku mintak Mr. Love urutkan bahagian atas tapak kaki je. Kat situ pon sakit gak. 

Macam kaki gegasi kan??? Cam nak meletop pon ye gak

Sunday, February 10, 2013

Berakhirnya Sebuah Penantian

Aku penah wat entri pasal tilam kekabu ni dulu (Tengok sini--> Cerita Satu Minggu). Dan aku ada mention aku order kat sapa. Tapi sebenarnya aku tak jadi order dengan orang tu sebab aku rasa macam cakap dengan orang kampung yang datang dari ulu mana tah sampai tak paham ape aku explain. Aku explain siap dengan gambarajah lagi, tu pun tak paham2 gak. Usaha tangga kejayaan, aku godek lagi fb tuh, aku jumpa orang lain yang ada fabrik yang sama. Deal punya deal, confirmed! 

Aku order 1 set sarung tilam kekabu comprises:
1 sarung tilam
2 sarung bolster
2 sarung bantal
1 bantal karipap
RM95
+
1 extra bantal karipap lain design = RM18
Pos = RM9

So total barang yang aku order = RM122   



Gambar bawah ni lepas dipakaikan pada tilam kekabu. Oh ya, aku order sarung je sebab mak mentua aku beria nak tempah sendiri tilam kekabu tu sebab kat kampung banyak kekabu. Pastu Mr. Love ada game kat Perlis, singgahla umah amek tilam kekabu ni bawak balik Kajang. Jimat gak duit aku...hehehe. Tq mak!

Abaikan je polka dot belah dalam tu sebab kain yang dijahit dengan kekabu tu design polka dot..haha