Monday, December 31, 2012

Old Skool Flask

 
Cool tak flask ni? Hahaha...Mr.Love beria nakkan flask old skool ni. Carik kat Jusco sume dia tak berkenan. Padahal berpuluh flask ada kat situ. Aku ikutkan ajela. Malas nak beli thermal pot elektrik tu lagi. Pastu dia kata beli jugak bullet thermos tu untuk travelling.
 
Yang ni aku beli kat Pasar Cina, Alor Star. RM20 ;). Auntie kedai tu pon kate ramai orang suka flask old skool ni. Tapi better la dari nak masak air panas kerap2 kan.

Sunday, December 23, 2012

Tanamera Postnatal Care Set

Mula2 aku decide nak pakai Nona Roguy (NR) as experience by kawan aku Intan. Katanya masa dia pakai baby tak kembung. Nak plak masa aku beli bengkung as previous entry yang promoter tu pon kata NR ni bagus. Ekceli aku ni tak reti nak pakai confinement set apa..huhu...Jamu based ke, bukan jamu based ke aku tak kisah kot as long as tade masalah pape masa pakai tu. Kalo ikut market harga set NR RM365. Tu harga bukan member. If member price murah lagi la kot. Dalam set dia ada 6 benda as kat bawah ni:

* PhytoNatal - 90 biji
* Akar Herbanika - 10 paket
* Minyak Herbanika - 100 ml
* Herbanika barut (krim) - 60gm
* Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
* Herbanika Lulur - 100gm
 
 
Tah macamana one day aku bleh minat plak kat Tanamera Postnatal Care Set. Aku baca testimonial orang yang pakai macam menarik especially bab koyak2 nih...huhu. Harga dia RM360 Semenanjung / RM380 Sabah Sarawak, termasuk harga pos. Dalam set dia ada 11 benda. Since dorang tengah wat promo Tahun Baru 2013 ni, dorang bagi free sebotol lagi Minyak Kelapa Dara. So, dapat 2 botol la :). Item no. 1, 2 dan 5 boleh guna before bersalin lagi. Aku beli extra sabun tu 2 bijik. RM15 each. Untungnya sebab takpayah bayar additional postage cost.

 1. Minyak Kelapa Dara x 2
2. Sabun Scrub
3. Herba Pembersih Wanita
4. Herba Mandian
5. Minyak Urut Herba
6. Tapel
7. Bengkung
8. Pilis
9. Teh Herba
10. Lulur Badan Herba
11. Air Bunga Lavender 
 
So, ni la set aku :). Sehari je dah sampai. Tq Tanamera Postnatal.
 

Hanami Garden ~ Corelle

Orang mengandung ni bukan ngidam nak makan je tau. Ngidam nak ada dinnerware set baru pon ye gak..hehe. So, aku pon survey la dinnerware. Sebelum kawin tak heran pon tengok orang giler dengan set pinggan mangkuk ni. Tapi bila dah kawin, keinginan nak memiliki at least satu set tu dah wujud. Macam2 brand kan ada kat market. Yang aku tau Akopal, Vantage, Noritake, Giacomo, Corelle. So, at last aku pilih Corelle. Kalo tengok gambar kat bawah ni design yang biasa kita nampak kat Parkson dan kawasan yang sewaktu dengannya.
Sakura
Country Rose

European Herbs

Kobe

Rosetta
Square Pretty Pink

 Pilih punye pilih, at last aku pilih design Hanami Garden 16pcs. Kiranya untuk 4 orang jela set ni. Aku beli set ni on9 kat Umi Salwa Ammi ni. Aku rasa dia jual paling murah la. Dia order direct from UK. So, bulan September aku place order, barang akan sampai bulan November. Dalam tempoh tu kiranya aku leh bayar installment la :). Tapi aritu dia kata barang lewat sikit dalam middle of December. Aku tak kisah, janji sampai :)
 


Friday, December 21, 2012

Our Beloved Lil' Jr @ 30 weeks

Representing our beloved hero in da haus yaw! Ni gambar terbaik yang boleh nampak mata dia yang tengah tertutup sebab dia tido, idung dia n mulut dia. Tangan dia atas dahi yer. Maybe tengah pikir bape banyak duit raya nak dapat tahun ni...hahaha..Dari dalam perot dah pikir, hebat tak?? ;p


Baby aku memang tak aktif waktu petang. So agak frustrated gak ultrasound semalam cos intention sonographer tu nak bagi tengok muka baby in full. Sampai dia suh aku berjalan nak bagi baby bangun. Tangan baby asik letak kat pipi je tamo bagi orang tengok dia. Pemalu kot anak ibu ni?? Hahaha..pemalu la sangat ;p
 
Oh ya, lupe nak bagitau. Aku amek pakej 3D & 4D Ultrasound Scan ni kat Kasihku Sayangku. Dengan charge RM100 selama 30 minit, aku dapat 1 cd yang ada 35 keping gambar 3D, 5 video 4D n 4 printed gambar 3D black n white. Ada 2 tempat untuk servis ni. Kat Ampang n Seri Kembangan. Aku amek kat Seri Kembangan la as dekat dengan umah. Cumanya kat sini dia buat on Thursday je. So, orang yang bekerja prefer ke Ampang as dia buat on Saturday. Anyway, puas hati la dengan servis sonographer tu. Every movement dia wat ulasan...hehe..Nampak tak pipi tembam shaye???? ;)

Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)

Semalam (20 Disember 2012-Khamis) aku repeat MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) as per requirement yang doktor kat Kanowit suruh. Aku dah tak ingat kene puasa a nite before tu start kul 10pm ke 12pm. Aku amek yang paling lewat la 12pm sebab aku nak makan lagi...hahaha.
 
Misi kat kaunter nombor kata ramai orang kene minum air gula arini. Agak2 bape RM la klinik kene spend beli gula untuk ibu mengandung eh?? ;). By the way, arini fes time Mr. Love temankan gi klinik sebab before this aku gi sorang2 je :(. Dia temankan kejap pon dah rasa hepi giler dah. Lepas aku amek darah kat Bilik 23 n minum air gula, misi suh datang lagi 2 jam. Masa tu la aku anta Mr. Love gi keje n aku patah balik ke klinik. Sampai klinik, aku dok lam kete baring2 sebab lum 2 jam lagi kan. Aku pon konfiden yang check up after amek darah kali kedua. Dah boring dok lam kete aku masuk la klinik. Aku tengok running number dah lebih dari nombor aku. Aku gi kaunter tanya. Rupenye dorang taktau aku kene check up kat situ skali. Aku lak kene bagitau aku nak check up. Hmmm...macam2 hal la korang ni.
 
Misi kat kaunter tu suh amek kad merah kat Bilik 23 tu n bagi kat dia cos dia nak timbang berat n BP aku. Pastu aku kene ke Kaunter 33 cek urin n darah lagi. Haih....pening pala aku la..Masa nak test urin tu pon ada cite. Aku taktau ada toilet sebelah lab urin tu. Aku tengok papan tanda, nun jauh di sana toilet. Aku pon konfiden gi la toilet tu n kuar sambil pegang la botol urin yang dah ada urin lalu depan ramai orang. Sampai kaunter 33, aku tanya nak letak kat mana. 'Masuk ikut pintu sebelah ni, letak kat situ'. Aku masuk je pintu tu, aku nampak ada toilet! Damn! Punyela aku mengendong urin aku tu kehulu kehilir, rupenyer toilet dia dekat je!!! Cam bese, aku menten cun...hahahaha.
 
Dah dapat result, aku kene letak kad merah tu kat Bilik 21 lak. Pung pang pung pang, settled! Hb n berat aku ok kali ni, Alhamdulillah. Cuma result MGTT tak kuar lagi. Katanya seminggu baru result kuar n if gula tinggi, dorang akan call. Orait then! So, next appointment 2 Januari 2013 yer :)

Tuesday, December 18, 2012

Puding Roti In Da Hauz Yaw!

Semalam fes time buat puding roti. Tu pon sebab roti nak expired..haha...takpe, roti gardenia ni expired 2-3 ari pon still leh makan lagi ;). So, pagi tu aku google carik resepi puding roti ni. Tapi aim nak kukus sebab den takdo oven hatta microwave nyer pun. So, pagi tu gi la carik barang kat Mydin.  
 
Resepi puding roti:
4 keping roti - aku guna 7 keping kot ;p. Potong empat.
1 tin susu cair - Ideal
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar butter - Aku guna marjerin Daisy jer
Sedikit kismis - Ligo
 
Cara-cara:
1. Kacau telur, gula dan esen vanila.
2. Masuk susu cair n kacau sekata.
3. Sapu butter pada roti n susun lam loyang.
4. Tuang adunan atas roti, pastu tabur kismis.
5. Kukus 20-25 minit.
 

 
Pastu kene wat sos kastard lak. Aku yang lurus ni ikutla resepi suh kacau sampai masak. Manela aku tau rupe dia masak camne. Bese nak bagi menda masak, mesti kene kacau lama. Alih2 makin kacau tetiba jadi keras macam gambar kat bawah ni...kastard betul la! Dah jadi puding kastard la plak sos aku. Aku call la Fidah tanya leh repair tak kastard yang dah keras ni. Dia pon refer kawan dia. Memang tak dapat diselamatkan. Jawabnya ke tong sampah la peginya. Tak lalu aku makan puding kastard semata ni. Aku buat la sos lain. Alhamdulillah, jadi :). Rupenye dia likat masa dia sejuk nanti. Haha..bak kata Mr. Love, biar bodoh sekali, ye tak? Kalo bodoh banyak kali, beli jela puding roti tu jawabnya...haha

 
 
Resepi sos kastard:
400ml susu segar - Dah kate susu segar, so aku guna susu segar Dutchlady (lurus tak aku ;p)
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
 
Cara-cara:
1. Campur sume bahan.
2. Masak atas api perlahan n kacau sentiasa sampai masak.
 
Ni la rupe bila dah sejukkan n nak makan...Nyum nyum nyum...Sila2..Bismillahirrahmanirrahim