Friday, December 21, 2012

Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)

Semalam (20 Disember 2012-Khamis) aku repeat MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) as per requirement yang doktor kat Kanowit suruh. Aku dah tak ingat kene puasa a nite before tu start kul 10pm ke 12pm. Aku amek yang paling lewat la 12pm sebab aku nak makan lagi...hahaha.
 
Misi kat kaunter nombor kata ramai orang kene minum air gula arini. Agak2 bape RM la klinik kene spend beli gula untuk ibu mengandung eh?? ;). By the way, arini fes time Mr. Love temankan gi klinik sebab before this aku gi sorang2 je :(. Dia temankan kejap pon dah rasa hepi giler dah. Lepas aku amek darah kat Bilik 23 n minum air gula, misi suh datang lagi 2 jam. Masa tu la aku anta Mr. Love gi keje n aku patah balik ke klinik. Sampai klinik, aku dok lam kete baring2 sebab lum 2 jam lagi kan. Aku pon konfiden yang check up after amek darah kali kedua. Dah boring dok lam kete aku masuk la klinik. Aku tengok running number dah lebih dari nombor aku. Aku gi kaunter tanya. Rupenye dorang taktau aku kene check up kat situ skali. Aku lak kene bagitau aku nak check up. Hmmm...macam2 hal la korang ni.
 
Misi kat kaunter tu suh amek kad merah kat Bilik 23 tu n bagi kat dia cos dia nak timbang berat n BP aku. Pastu aku kene ke Kaunter 33 cek urin n darah lagi. Haih....pening pala aku la..Masa nak test urin tu pon ada cite. Aku taktau ada toilet sebelah lab urin tu. Aku tengok papan tanda, nun jauh di sana toilet. Aku pon konfiden gi la toilet tu n kuar sambil pegang la botol urin yang dah ada urin lalu depan ramai orang. Sampai kaunter 33, aku tanya nak letak kat mana. 'Masuk ikut pintu sebelah ni, letak kat situ'. Aku masuk je pintu tu, aku nampak ada toilet! Damn! Punyela aku mengendong urin aku tu kehulu kehilir, rupenyer toilet dia dekat je!!! Cam bese, aku menten cun...hahahaha.
 
Dah dapat result, aku kene letak kad merah tu kat Bilik 21 lak. Pung pang pung pang, settled! Hb n berat aku ok kali ni, Alhamdulillah. Cuma result MGTT tak kuar lagi. Katanya seminggu baru result kuar n if gula tinggi, dorang akan call. Orait then! So, next appointment 2 Januari 2013 yer :)

No comments:

Post a Comment