Tuesday, December 18, 2012

Puding Roti In Da Hauz Yaw!

Semalam fes time buat puding roti. Tu pon sebab roti nak expired..haha...takpe, roti gardenia ni expired 2-3 ari pon still leh makan lagi ;). So, pagi tu aku google carik resepi puding roti ni. Tapi aim nak kukus sebab den takdo oven hatta microwave nyer pun. So, pagi tu gi la carik barang kat Mydin.  
 
Resepi puding roti:
4 keping roti - aku guna 7 keping kot ;p. Potong empat.
1 tin susu cair - Ideal
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar butter - Aku guna marjerin Daisy jer
Sedikit kismis - Ligo
 
Cara-cara:
1. Kacau telur, gula dan esen vanila.
2. Masuk susu cair n kacau sekata.
3. Sapu butter pada roti n susun lam loyang.
4. Tuang adunan atas roti, pastu tabur kismis.
5. Kukus 20-25 minit.
 

 
Pastu kene wat sos kastard lak. Aku yang lurus ni ikutla resepi suh kacau sampai masak. Manela aku tau rupe dia masak camne. Bese nak bagi menda masak, mesti kene kacau lama. Alih2 makin kacau tetiba jadi keras macam gambar kat bawah ni...kastard betul la! Dah jadi puding kastard la plak sos aku. Aku call la Fidah tanya leh repair tak kastard yang dah keras ni. Dia pon refer kawan dia. Memang tak dapat diselamatkan. Jawabnya ke tong sampah la peginya. Tak lalu aku makan puding kastard semata ni. Aku buat la sos lain. Alhamdulillah, jadi :). Rupenye dia likat masa dia sejuk nanti. Haha..bak kata Mr. Love, biar bodoh sekali, ye tak? Kalo bodoh banyak kali, beli jela puding roti tu jawabnya...haha

 
 
Resepi sos kastard:
400ml susu segar - Dah kate susu segar, so aku guna susu segar Dutchlady (lurus tak aku ;p)
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
 
Cara-cara:
1. Campur sume bahan.
2. Masak atas api perlahan n kacau sentiasa sampai masak.
 
Ni la rupe bila dah sejukkan n nak makan...Nyum nyum nyum...Sila2..Bismillahirrahmanirrahim
 
 

1 comment: