Monday, December 31, 2012

Old Skool Flask

 
Cool tak flask ni? Hahaha...Mr.Love beria nakkan flask old skool ni. Carik kat Jusco sume dia tak berkenan. Padahal berpuluh flask ada kat situ. Aku ikutkan ajela. Malas nak beli thermal pot elektrik tu lagi. Pastu dia kata beli jugak bullet thermos tu untuk travelling.
 
Yang ni aku beli kat Pasar Cina, Alor Star. RM20 ;). Auntie kedai tu pon kate ramai orang suka flask old skool ni. Tapi better la dari nak masak air panas kerap2 kan.

Sunday, December 23, 2012

Tanamera Postnatal Care Set

Mula2 aku decide nak pakai Nona Roguy (NR) as experience by kawan aku Intan. Katanya masa dia pakai baby tak kembung. Nak plak masa aku beli bengkung as previous entry yang promoter tu pon kata NR ni bagus. Ekceli aku ni tak reti nak pakai confinement set apa..huhu...Jamu based ke, bukan jamu based ke aku tak kisah kot as long as tade masalah pape masa pakai tu. Kalo ikut market harga set NR RM365. Tu harga bukan member. If member price murah lagi la kot. Dalam set dia ada 6 benda as kat bawah ni:

* PhytoNatal - 90 biji
* Akar Herbanika - 10 paket
* Minyak Herbanika - 100 ml
* Herbanika barut (krim) - 60gm
* Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
* Herbanika Lulur - 100gm
 
 
Tah macamana one day aku bleh minat plak kat Tanamera Postnatal Care Set. Aku baca testimonial orang yang pakai macam menarik especially bab koyak2 nih...huhu. Harga dia RM360 Semenanjung / RM380 Sabah Sarawak, termasuk harga pos. Dalam set dia ada 11 benda. Since dorang tengah wat promo Tahun Baru 2013 ni, dorang bagi free sebotol lagi Minyak Kelapa Dara. So, dapat 2 botol la :). Item no. 1, 2 dan 5 boleh guna before bersalin lagi. Aku beli extra sabun tu 2 bijik. RM15 each. Untungnya sebab takpayah bayar additional postage cost.

 1. Minyak Kelapa Dara x 2
2. Sabun Scrub
3. Herba Pembersih Wanita
4. Herba Mandian
5. Minyak Urut Herba
6. Tapel
7. Bengkung
8. Pilis
9. Teh Herba
10. Lulur Badan Herba
11. Air Bunga Lavender 
 
So, ni la set aku :). Sehari je dah sampai. Tq Tanamera Postnatal.
 

Hanami Garden ~ Corelle

Orang mengandung ni bukan ngidam nak makan je tau. Ngidam nak ada dinnerware set baru pon ye gak..hehe. So, aku pon survey la dinnerware. Sebelum kawin tak heran pon tengok orang giler dengan set pinggan mangkuk ni. Tapi bila dah kawin, keinginan nak memiliki at least satu set tu dah wujud. Macam2 brand kan ada kat market. Yang aku tau Akopal, Vantage, Noritake, Giacomo, Corelle. So, at last aku pilih Corelle. Kalo tengok gambar kat bawah ni design yang biasa kita nampak kat Parkson dan kawasan yang sewaktu dengannya.
Sakura
Country Rose

European Herbs

Kobe

Rosetta
Square Pretty Pink

 Pilih punye pilih, at last aku pilih design Hanami Garden 16pcs. Kiranya untuk 4 orang jela set ni. Aku beli set ni on9 kat Umi Salwa Ammi ni. Aku rasa dia jual paling murah la. Dia order direct from UK. So, bulan September aku place order, barang akan sampai bulan November. Dalam tempoh tu kiranya aku leh bayar installment la :). Tapi aritu dia kata barang lewat sikit dalam middle of December. Aku tak kisah, janji sampai :)
 


Friday, December 21, 2012

Our Beloved Lil' Jr @ 30 weeks

Representing our beloved hero in da haus yaw! Ni gambar terbaik yang boleh nampak mata dia yang tengah tertutup sebab dia tido, idung dia n mulut dia. Tangan dia atas dahi yer. Maybe tengah pikir bape banyak duit raya nak dapat tahun ni...hahaha..Dari dalam perot dah pikir, hebat tak?? ;p


Baby aku memang tak aktif waktu petang. So agak frustrated gak ultrasound semalam cos intention sonographer tu nak bagi tengok muka baby in full. Sampai dia suh aku berjalan nak bagi baby bangun. Tangan baby asik letak kat pipi je tamo bagi orang tengok dia. Pemalu kot anak ibu ni?? Hahaha..pemalu la sangat ;p
 
Oh ya, lupe nak bagitau. Aku amek pakej 3D & 4D Ultrasound Scan ni kat Kasihku Sayangku. Dengan charge RM100 selama 30 minit, aku dapat 1 cd yang ada 35 keping gambar 3D, 5 video 4D n 4 printed gambar 3D black n white. Ada 2 tempat untuk servis ni. Kat Ampang n Seri Kembangan. Aku amek kat Seri Kembangan la as dekat dengan umah. Cumanya kat sini dia buat on Thursday je. So, orang yang bekerja prefer ke Ampang as dia buat on Saturday. Anyway, puas hati la dengan servis sonographer tu. Every movement dia wat ulasan...hehe..Nampak tak pipi tembam shaye???? ;)

Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)

Semalam (20 Disember 2012-Khamis) aku repeat MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) as per requirement yang doktor kat Kanowit suruh. Aku dah tak ingat kene puasa a nite before tu start kul 10pm ke 12pm. Aku amek yang paling lewat la 12pm sebab aku nak makan lagi...hahaha.
 
Misi kat kaunter nombor kata ramai orang kene minum air gula arini. Agak2 bape RM la klinik kene spend beli gula untuk ibu mengandung eh?? ;). By the way, arini fes time Mr. Love temankan gi klinik sebab before this aku gi sorang2 je :(. Dia temankan kejap pon dah rasa hepi giler dah. Lepas aku amek darah kat Bilik 23 n minum air gula, misi suh datang lagi 2 jam. Masa tu la aku anta Mr. Love gi keje n aku patah balik ke klinik. Sampai klinik, aku dok lam kete baring2 sebab lum 2 jam lagi kan. Aku pon konfiden yang check up after amek darah kali kedua. Dah boring dok lam kete aku masuk la klinik. Aku tengok running number dah lebih dari nombor aku. Aku gi kaunter tanya. Rupenye dorang taktau aku kene check up kat situ skali. Aku lak kene bagitau aku nak check up. Hmmm...macam2 hal la korang ni.
 
Misi kat kaunter tu suh amek kad merah kat Bilik 23 tu n bagi kat dia cos dia nak timbang berat n BP aku. Pastu aku kene ke Kaunter 33 cek urin n darah lagi. Haih....pening pala aku la..Masa nak test urin tu pon ada cite. Aku taktau ada toilet sebelah lab urin tu. Aku tengok papan tanda, nun jauh di sana toilet. Aku pon konfiden gi la toilet tu n kuar sambil pegang la botol urin yang dah ada urin lalu depan ramai orang. Sampai kaunter 33, aku tanya nak letak kat mana. 'Masuk ikut pintu sebelah ni, letak kat situ'. Aku masuk je pintu tu, aku nampak ada toilet! Damn! Punyela aku mengendong urin aku tu kehulu kehilir, rupenyer toilet dia dekat je!!! Cam bese, aku menten cun...hahahaha.
 
Dah dapat result, aku kene letak kad merah tu kat Bilik 21 lak. Pung pang pung pang, settled! Hb n berat aku ok kali ni, Alhamdulillah. Cuma result MGTT tak kuar lagi. Katanya seminggu baru result kuar n if gula tinggi, dorang akan call. Orait then! So, next appointment 2 Januari 2013 yer :)

Tuesday, December 18, 2012

Puding Roti In Da Hauz Yaw!

Semalam fes time buat puding roti. Tu pon sebab roti nak expired..haha...takpe, roti gardenia ni expired 2-3 ari pon still leh makan lagi ;). So, pagi tu aku google carik resepi puding roti ni. Tapi aim nak kukus sebab den takdo oven hatta microwave nyer pun. So, pagi tu gi la carik barang kat Mydin.  
 
Resepi puding roti:
4 keping roti - aku guna 7 keping kot ;p. Potong empat.
1 tin susu cair - Ideal
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar butter - Aku guna marjerin Daisy jer
Sedikit kismis - Ligo
 
Cara-cara:
1. Kacau telur, gula dan esen vanila.
2. Masuk susu cair n kacau sekata.
3. Sapu butter pada roti n susun lam loyang.
4. Tuang adunan atas roti, pastu tabur kismis.
5. Kukus 20-25 minit.
 

 
Pastu kene wat sos kastard lak. Aku yang lurus ni ikutla resepi suh kacau sampai masak. Manela aku tau rupe dia masak camne. Bese nak bagi menda masak, mesti kene kacau lama. Alih2 makin kacau tetiba jadi keras macam gambar kat bawah ni...kastard betul la! Dah jadi puding kastard la plak sos aku. Aku call la Fidah tanya leh repair tak kastard yang dah keras ni. Dia pon refer kawan dia. Memang tak dapat diselamatkan. Jawabnya ke tong sampah la peginya. Tak lalu aku makan puding kastard semata ni. Aku buat la sos lain. Alhamdulillah, jadi :). Rupenye dia likat masa dia sejuk nanti. Haha..bak kata Mr. Love, biar bodoh sekali, ye tak? Kalo bodoh banyak kali, beli jela puding roti tu jawabnya...haha

 
 
Resepi sos kastard:
400ml susu segar - Dah kate susu segar, so aku guna susu segar Dutchlady (lurus tak aku ;p)
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
 
Cara-cara:
1. Campur sume bahan.
2. Masak atas api perlahan n kacau sentiasa sampai masak.
 
Ni la rupe bila dah sejukkan n nak makan...Nyum nyum nyum...Sila2..Bismillahirrahmanirrahim
 
 

Sunday, December 16, 2012

Summary Cerita Satu Minggu

Balik Kampung

Last Friday balik Alor Star sampai ari Selasa. Masa kat sana makan memang heaven la. Jumaat malam tu travel sempat lagi singgah makan durian kat R&R Sungai Perak. Dapnyerrrrrr ;). Rasanya sampai kampung dalam kul 1.30am cos Mr. Love ada benti tido. Aku teros tido la cos memang dah tak larat pastu sakit pinggang ni Tuhan je yang tau.
Cuaca kat sana memang panas berdenyut. Aku ni dahlah pantang berpeluh, memang susah nak sejuk balik unless aku tak buat keje apa2. Takkan lah aku nak duduk je tak buat keje kan. Tak syok la plak. Tido malam pon berpeluh2 aku dibuatnya. Memang sangat tak tahan dengan cuaca sana :(.
Panas2 pun sempat gak aku shopping sikit. Boring lak dok umah kan. Aku jalan ngan SIL aku. Dia jela tukang teman aku cos aku bukan tau jalan. Oh ya! Before bertolak ke Alor Star on Friday tu, aku nyer breast pump dah sampai tapi tak sempat bukak cos dah terkocoh2 nak pack up barang2 kan. Aku beli manual je after buat beberapa judgment. Ekceli wish list aku nak Medela FS la (kononnya ;p) cos memang style la kalo tengok gambo kat bawah ni. Mr. Love pon dah agreed dah memula and aku willing to spend. Pastu suara mana tah datang kata takyahla beli cos taktau lagi susu ada ke tidak. Kang beli mahal2, sesaje buat pameran kang. Tapi aku hope susu ada la. Kalo based on mak aku, mak aku susukan 4 orang adik badik aku sampai 2 taun. Sebab tu agaknya kitorg nak demam pon macam hari raya-setaun skali..Alhamdulillah. Abang aku sorang je yang mak bagi air kosong as masa dia lahir tu mak kata dia keje. So tak dapat bagi abang aku susu. 
Pastu nape aku pilih breast pump manual Avent design baru ni sebab aku baca testimoni orang kate yang ni bagus dari design lama. So, apa kata aku try dulu yang ni. If tak bes and production susu bagus, aku beli la as per wish list tu kan...(ayat nak sedapkan ati).


Aku dengan SIL aku gi Pacific. Beli baju n suar pendek, mittens & booties n barut zip zap tu selai. Saje gatal nak bagi ada je.

Manjaku, Wangsa Maju

Sampai termimpi2 nak beli cover mattress playpen ni. Teringat masa gi Manjaku aritu sebab cam perasan ada warna biru plain yang memang aku carik tuh sebab carik kat tempat lain macam susah je nak jumpa yang plain. Seb baik ada lagi. So tak sia2 la travel dari Kajang ke Wangsa Maju :). Cer teke nape aku carik warna biru? Haha...sebabbbbbb.....sebenarnya masa Sale Pureen aritu Mr. Love dengan laju amek set bantal (1 pillow, 2 bolster) yang backgroundnya biru :). Kang kalo aku beli warna lain, bukan takat baby je pening, aku pun buleh pening skali.
Disposable panties tu saje beli lagi. Takut tak cukup.
Sogo (taktau round yang ke berapa dah)
Hooded blanket, socks, hats, barut, romper n 1 pair baju
 Yeah, rembatan lagi di Sogo yer. Sangat heaven! Tujuan utama nak carik hat JE utk match ngan mittens & booties yang dah ada. Silap gak masa beli booties & mittens dulu x carik yang ada jual skali ngan hat. Kalo tak dah senang keje aku..huh! Tapi takpelah, tade la nyesal sangat cos most matching hat udah jumpain :). Aku pun cuti, so terisi gak masa lapang aku..hehe. Barut tu aku beli 10 helai je kat Anakku. Pastu ingat nak order on9 untuk additional.
 
OneBabyWorld lagikkk

Hooded blanket, kain muslin, zap on swaddle
 Ikan Siakap Kap Kun Kap Ngap Ngap Ngap

Fes time aku beli ikan siakap ni...tapi nak masak taktau. Yang paling aku malas kene kikis sisik dia la plak...adoyaiii...ni yang nak suh Mr. Love buat ni. Aku ni dah la tak bape rajin masak. So, ikan ni masih dalam freezer yer ;p
 
Tilam Kekabu

Aku ada survey some blogs yang jual set tilam kekabu ni. Some of the blogs are:
LittleDje - Aku tak tanya pon whether boleh custom made ke tidak as tengok page dia macam dia jual ready stock je.
LittleDiva - Owner page ni memang dah siap2 bagitau dia tak amik order dah. Just jual ready stock je.
LilJuniorBabyBooth - Aku order kat sini. Pilihan fabrik banyak. Rambang mata dibuatnya.
wanisashop.wanisa - Order dah ditutup sampai bulan April 2013. Order buka semula bulan Mei 2013...huhuhahahihi
BantalKekabuVentures - Tak banyak pilihan fabrik :(
Mula2 minat design kain ni. Tapi dah abes la plak :(
 
At last aku pilih design kain ni

Aku request tilam tu macam ni

Friday, December 7, 2012

Play gym, bengkung dll

Semalam kuar gi Manjaku. Plan nak beli play gym Simple Dimple untuk hadiah kat si Hawa. Sebijik la play gym cam kat bawah ni. Ingat ada la 10% off, rupenyer tade. Dah sampai, beli jela. Kalo plan awal nak beli, buleh bli skali kat littlewhiz aritu.

 

Masok lam Metro Kajang, beli 2 helai tudung plain. Masa nak bayar, mata dok melilau nengok keliling. Nampakla set confinement. Tanya2 kat promoter tu apa yang salu orang pakai. Dia suggest Nona Roguy. Katanya jamu dia bagus. Tapi bengkung tak included la. Kene beli asing. Harga RM365. Ok fine! Pastu mata melilau lagi. Nampak lak bengkung. Tanya lagi bengkung apa yang bagus. Dia kata Sendayu Tinggi. Ada 2 jenis bengkung. 1 buleh ikat sampai punggung je, 1 lagi buleh ikat sampai peha. 'Sebab akak tinggi, akak amik yang sampai peha ni la'...logik kah alasan itu? Beli jela. RM40 :).
 
 
 
Ni la satu2 nya hat yang aku beli. Kene tambah lagi la nampaknya ni.


Koleksi mittens & booties yang bakal bertambah...hahahaha

Thursday, December 6, 2012

Checklist Barang Baby

Sume pempuan yang pregnant sulung mesti ada checklist or even beranak yang ke dua pon ada checklist gak. But yang fes ni list nya mesti lengkap dan padat. Aku pon dapat list ni dari internet. Ada yang aku gabungkan sikit2 dengan orang lain punye. Camne pun list nya lebey kurang sama jek. Bezanya pada brand aja. Alah membeli menang memakai...(Nape tah tetibe aku guna peribahasa ni ;p). Kuantiti barang depends pada kekepukan duit masing2 la.

Aku banyak tanya kawan2 yang dah experience ni. Tanak la membazir as baby grows kene pakai banyak duit lagi kan. Beli baju mahai2 masa kecit ni kang bukan buleh pakai lama. Kalo tanya mak aku lagi bes. Dia kata beli dua tiga helai je baju...hahaha...Dia tak ingat kot dia kene jaga aku nanti. Sat lagi dia yang terkejar2 kene keringkan baju dua tiga helai tu...kekeke.

Baby Care & Bathing
1. Toilettries - J&J, Pureen
2. Towel - 3 pcs (Babylove, Baby Kiko)
3. Cotton buds - 1 (Baby Kiko)
4. Cotton balls - 1 (Pureen)
5. Nasal aspirator - 1 (Pureen)
6. Bath tub/basin - 1 (Ikea)
7. Minyak telon - 1
8. Termometer (Tak beli kot as nanti kene bawak gi klinik jugakkan. Lain la kalo aku ni doktot ;p)
9. Vicks - 1
10. Nail clipper - 1 (Anakku)
11. Bekas spray - 1

Baby Diapering
1. Newborn diapers - 2 packs (Drypers)
2. Diaper wipes - Banyak (Pureen, J&J)
3. Changing mat - 2 pcs (Rupenye yang Enfamama bagi free tu adalah menda ni la, mane la aku tau!)
4. Diaper rash cream - 1 (Anakku)
5. Tissue - 3 boxes
6. Detergent - 2 (Pureen)
7. Napkin - 1 pack (Pureen
8. Napkin liner - 1 (Anakku)
9. Safety pin - 1 set (Anakku)

Feeding
1. Bottle - 4 (Avent)
2. Teat - 4 (Avent)
3. Storage bottle - 10 (Autumz)
4. Storage bag - 25 pcs (Autumnz)
5. Breast pump - 1 (Avent)
6. Bottle & teat brush - 1 (Avent)
7. Dryer - 1 (Jingle Jungle)
8. Warmer - 1 (Little Bean)
9. Nipple cream - 1 (Medela)
10. Nursing bra - Tak beli lagi
11. Nursing pad washable - 2 sets (Pureen)
12. Nursing pad disposable - 1 box (Pureen)
13. Nursing pillow - Tak beli kot
14. Liquid cleanse for bottle - 1 (Pureen)

Baby Gear
1. Long sleeves shirt + long pants - 8 pcs (Pureen, Anakku, Peter Rabbit, Tom n Jerry, Disney)
2. Short sleeves shirt + long pants - 5 pcs (Pureen, Peter Rabbit)
3. Bodysuit - 5 pcs (Carter's), 1 pc Peter Rabbit
4. Sleepsuit - 1 pc (Pigeon)
5. Handkerchief/washcloth - 2 pcs (Baby Kiko)
6. Hat - 9 pcs
7. Mittens + Booties - 13 pairs
8. Barut - 11 pcs (Anakku)
9. Bib - 3 pcs (Tommee Tippee, Fisher Price)

For 'Ibu'
1. Sweater - 1
2. Maternity pad - 1 pack
3. Normal pad - 3 packs
4. Socks
5. Confinement set - 1 set (Tanamera)
6. Massage oil
7. Slippers - 1 pair
8. Clothes
9. Supplement
10. Disposable panties - 4 packs
11. Tungku
12. Bengkung - 1 (Sendayu Tinggi)

Baby Nursery
1. Playpen/Cot - 1 (Graco)
2. Bedding set - 1 (Pureen)
3. Blanket - 3 (Bumble Bee)
4. Mosquito net (Belum beli lagi)
5. Storage drawer - 1 (Pakai bakul plastik ja)
6. Laundry basket - 1
7. Napkin - 1 pack (Pureen)
8. Sarung tilam playpen - 1

Travelling/Extra
1.Stroller - 1 (Graco)
2. Car seat - 1 (Graco)
3. Carrier - 1 (Tak beli lagi)
4. Baby sling - 1
5. Nursing cover - 1
6. Diaper bag - 1 (Allerhand)
7. Termos - 1 (Tak beli lagi)
8. Cooler bag - 1 (Autumnz)

Sikit2 Lama2 Jadi Bukit

Tujuan kuar kali ni nak carik bottle n food warmer yang boleh guna dalam kete n kat umah skali. Suddenly teringat yang Manjaku ada jugak Kajang nih. Berdepan dengan Metro Kajang. So, skali jalan la. Pastu aku nak ke Parkson carik pisau sebab pisau aku patah Mr. Love wat belah durian..huhu..Akhirnya kat Manjaku dapat gak warmer Littlebean tu. Ada diskaun 10%. Mula2 aim nak bli Avent, pastu tak jadi cos dia takleh pakai dalam kete. Dapat yang murah n 2in1. Kan ke jimat :). Mr. Love kata duit aku tak susut2...hahaha...Asal kuar je mesti aku membeli.
 
Disposable panties, warmer, nasal aspirator

Baju ni plak beli kat Parkson. 1 baju lubang Anakku n 1 sleepsuit Pigeon.

Wednesday, December 5, 2012

Bila Nak Abes Beli Barang Baby daaaaaa...

Masa ekspo kat Midvalley aritu aku just beli travel system je. Kuar masok dua2 hall macam orang ilang akal. Nak pilih yang terbaik la kononnya. Bajet yang ada boleh dapat Quinny. Tapi bila tengok Graco pon not bad, plus murah ;p. So, inilah hasilnya. Lagipun brand ni bestfriend aku yang rekemen. Ekceli collection ni ada matching playpen skali. Tapinya kan aku dah beli playpen awal2 dulu, so blasah je la labu. Janji sama brand. Pastu murah la if compare dengan harga dia kat-Parkson...hehehe. Representing Graco Stylus LX Travel System....

Pastu semalam after check up, aku dah janji ngan member nak pikup barang yang aku order kat www.littlewhiz.com. Nape aku tak suh pos je? Sebab aku rasa lagi jimat aku pikup kat kawan aku dari bayar pos. Lagipun kawan aku dok dekat ngan kedai tu. Mula2 aku order beg idaman hati ni - Allerhand Travel Backpack. Lama aku aim beg ni. Ada la wat research sikit baca feedback orang pasal beg ni n kat mana leh dapat murah sikit dari harga market. Tapinya after aku tanya Baby Clig Shop, dia kata supplier dah tak kuar design gini. Yang ado plain aja :(. Pastu search kat Littlewhiz ada discount SIKIT. Aku cite la kat Mr. Love. Dia kata beli jela. Peace yo!

Pastu belek punye belek, rasa nak beli menda lain lak as aritu jenjalan ngan mil kat Manjaku, Bangi aku nengok cooler bag autumnz. Saje la compare price ngan kat dalam internet. So, littlerwhiz offer lagi murah dari Manjaku. So bye2 Manjaku ;p. Aku add order cooler bag, milk storage both bottle n bag. Tadaaaaaaaaaa......

Malam tadi lak Mr. Love gi collect barang J&J kat pakcik dia. Dapat murah..I loikeee :). Banyak la plak jadinya wipes anak aku ni nanti. Aritu dah beli kat Pureen. Banyak gak la...huhu

Tuesday, December 4, 2012

28 weeks

Today fes time nak check up kat sini. Aku dah search kat internet klinik terdekat. Dengan konfidennya aku ke Klinik Kesihatan Kajang. Nasib baik nak carik klinik ni tak susah after tanya member aku yang permanent resident Kajang sejak lahir. Aku terus la ke kaunter then explain yang aku transfer dari Kanowit. Bila misi tu tengok address, dia kata aku patutnya ke Klinik Desa Sg Sekamat. Maybe sebab aku fes time, so dia kata aku leh wat kat sini dengan istilah 'tumpang'. Katanya if jadi apa2 kat aku nanti, dorang tak bertanggungjawab cos klinik tu tak cover area umah aku. Cam insurance lak main cover2. Mane la aku tau kat sini ada 2 jenis klinik kan...

Cam biasa fes skali kene measure berat. Kalo kat Kanowit misi yang bacakan. Tapi tadi aku kene baca sendiri! Macam dungu lak jadinya aku tadi misi buat. Hampeh tul! Gaya mmg pemalas bebena misi tu. Or aku je yang taktau misi2 kat sini memang wat keje camtu?? Sonang mak eh kojo korang. Satu lagi aku perasan bila kita pandang ke depan ngan pandang ke bawah, berat kita lain. Bila pandang bawah berat kita tinggi sikit (even tak banyak, tapi tinggi la gak kan) sebab kalo berat naik kene minum air gula. Tapi aku memang kene repeat as previous doc suggest gitu. Aku heran ke? Hahahaha....Pasni leh wat entry 'hobi saya minum air gula'...kuikuikui
 
Dah abes cite berat, gi cek air kencing n darah lak. Pastu ke bilik 10 untuk jumpa doc. Lama lak doc kat sini scan tadi. Today aku 27 weeks 6 days. So, esok aku genap 28 weeks :). Baby berat 1.085kg hokay! Doc kata sume normal. Bacaan air ketuban 12. Tinggi rahim 30cm. Ekceli doc kat Kanowit dah suh aku control makan sebab takut nanti baby besar. Yela, kalo besar aku gak yang seksa nak meneran nanti. Doc suh aku gi kaunter untuk set date MOGTT a.k.a. minum air gula. Misi lak suh aku gi Klinik Desa tu terus. Ok fine!
 
Kuar dari klinik kesihatan tu, aku ke Metropoint isi perut. Dari pagi aku tak isi perut aku ni sebab takut kene wat MOGTT. Milk Tea Cool Blog and tapau Subway today's special. Tu jek lunch aku arini. Klinik desa tu ekcelinya dekat je ngan umah aku. Aku tanya2 gak orang mana klinik. Last skali aku tanya sorang kakak tu and kebetulan aku usap perut aku. Pastu dia kata 'mengandung ke? Klinik tu kat BW tu haaa...(BW tu adalah used car nyer company). Skali aku salah masok simpang daaaa...Tanya2 orang rupenyer ada lorong in between used car tu and bengkel kete. Masa aku nak masok lorong tu, ada sorang pempuan drive Wira dengan mulut terkumat kamit. Aku macam perasan mulut dia cakap,'Mane boleh masuk lorong ni!'. Weh pempuan, kalo aku tau la lorong tu sempit, aku tadela dungu sangat nak masok jugakkan! Ni aku fes time datang. Mane aku tau!

Aku masok la sampai hujung. Allahuakbar, jalan tu memang sempit. Nak kuar balik kene mengundur je. So, aku undur and park tepi jalan cam orang lain park. Aku macam tak percaya yang klinik desa ni camni rupenyer. Sebuah umah jadi klinik??? Huhuhuhu....Seriously macam aku gi klinik kat ulu2 nun haaaaa....Watever la. Aku terus masuk, explain bagai, and dapat appointment date MOGTT. Tapinya dorang tak handle test tu, aku kene gi Klinik Kesihatan Sg Chua lak nanti. Misi siap lukis map camne nak gi situ. Neway, misi situ sangat membantu. Tak macam misi kat Klinik Kesihatan Kajang tu. Cam la bes ngat gi klinik tu ;p

Friday, November 30, 2012

Situ Sana Sini = Macam2 ada

Ni sume beli pada hari lain2. Maybe ada yang dibeli pada hari yang sama. Tapi dah tak ingat.
 
Grooming set ni rupenyer ada yang sebijik sepikul brand Baby Kiko. Sonang buat duit eh. Tuka brand name je. Menda sama je. 

Parkson, Alamanda

Nampak tak rompers tu untuk 12 months? Jauh tak pandangan aku?? hahaha...Mr. Love la nih! Aku tanya nak beli umo bape? Dia kata beli je saiz setaun. Ha amek kaw! Cam la lagi setahun aku tade gaji nak beli kan?? Masa tu pon aku ikut je cakap Mr. Love. Macam kene pukau lak. Takleh nak salahkan dia 100% gak kan ;p.

OneBabyWorld, Bandar Seri Permaisuri
Ni la barang baby yang fes skali aku beli. Suke gile dengan playpen cum baby cot ni. 




First Few Years, Paradigm Mall

Ni aku beli masa jalan2 kat Sogo. Aduyai...mane nak tahan nengok baju cute2 ni. Ni fes baju aku beli. Aku nak beli lagi, pastu Mr. Love kata jangan beli lagi. Tunggu sale Pureen tu :(. Mana kok bisa tahan. Beli jugak!


Sogo
 
Camne aku leh beli bib ni pon taktaula. Ni sume sebab comel punye pasal la ni. Pastu teramek lak rompers 12-18 months. Apebenda la dok pukau aku beli menda yang lambat lagi nak guna ni??? Kan aku dah kene beli lagi untuk size kecik. Perubahan hormon kot terus aku takleh nak pikir kerelevanannya...huhu 
 
Mothercare, Alamanda
 Bath tub baby kat Ikea RM19.90 jek. Nak beli mahai2 pon silap aribulan mak aku mintak besen bulat je kang. Lagipun bukan lama bena nak pakai kan. Hanger tu saje gatai beli. Kalerful. Bakul mainan tu lagila tade pasal aku beli. Jauh bena lagi anak aku nak pandai main.
 
Ikea

Botol susu newborn set design baru. Aku beli on9 as market Malaysia belum masok lagi. Dalam banyak2 supplier, aku rasa yang ni paling murah. RM175 incl postage.


Nik Alesya Avent @ FB
 

In Search of Mittens 'n' Booties

Semalam saje gatal gi Isetan and Parkson kat KLCC. Sajela nak tengok kot2 banyak lagi choices kat sana. Agak menghampakan cos tak banyak brand and kids department macam kecik. So, terus ke Sogo lak. Alang2 housemate kat Sarawak ada temankan aku jalan2, aku redah jela even jem like hell! Sogo ni memang heaven la pada aku cos most of the time bila aku nak cari barang memang tak menghampakan. Pencarian aku berakhir di sini :)


mittens & booties, baju lubang2 'n' bibs

3 pairs mittens and booties, selai baju lubang2 and bibs je pun ;p. Aku obses ngan mittens and booties ni...adoilaaaa...awat la cute sangat and macam2 design ada.

Monday, November 26, 2012

Barang Baby lagi dan lagi

Semalam gi umah mak. Pastu jumpa Intan n Yati kat Jusco Wangsa Maju. Dekat maghrib baru bawak haluan masing2. Aku cam biasa akan ke Baby's Department la. Ada lagi barang dalam checklist tak settle lagi. Beli sikit2 gitu. So, hasil kat Jusco adalah.....


nb drypers, disposable breast pad, cotton balls, safety pin 'n' nappy liners

Janganla tanya aku nape aku beli nappy liners tu eh sbb aku belasah je beli as dalam checklist tu ada. Aku beli je. Lagipun bukan mahai sangat. Mane nak tau nanti nak guna. Masa tu benda dah ada. Takpayah nak suruh Mr. Love gi beli. Kot2 mak aku tau nak guna menda tu kan. Mak aku kan old skool ;). Cotton balls tu lak aku rasa cam tak relevan cos aku dah beli baby wipes. Tapi taktaula. Standby jela. Total lost ~ RM74. Pastu aku sambung lak kat Manjaku Baby Centre kat tepi Carrefour tu. Hasilnya.....


nb drypers, cotton buds, plastic tie-pants 'n' towel

Plastic tie-pants tu if aku berhajat nak bagi baby pakai napkin la kan. Teringat masa zaman mak aku jaga budak2 dulu. Wujud lagi menda alah plastik ni kan...hihihi...aku beli untuk standby. Tak mahai jua. Nape aku beli diapers kat dua tempat berbeza? Sebabnya kat Manjaku ni harga dia kurang singgit. So, aku beli la lagi. Lagipun aku teringat Mr. Love kata beli diapers tu dalam 2-3 plastik. Tu yang aku beli lagi tu..huhu...

Bila Mr. Love tengok cotton buds tu plak, dia suh beli yang saiz kecik lak. Yang aku beli ni saiz orang tua katanya. Tapi brand Anakku, bukan Bapakku or Makku. Mestila baby pon leh guna kan? Satu hal lak lagi aku nak explorace carik cotton buds saiz kecik..Melayang lagi duit aku kat Manjaku ni ~ RM54. Sambung lain hari lak...:) [Seronok gile shopping barang baby ni :))]